Tuesday, August 25, 2015

TERAS PEMBELAJARAN DI AL BAGHDADI PLAYTIME CENTRE (APC)


TERAS ILMU
Teras ilmu merupakan tunjang utama pembelajaran di APC. JOM AL BAGHDADI memberi fokus kepada pembelajaran asas Al Quran Prasekolah Teknik Al Baghdadi. Manakala JOM NADI AL BAGHDADI memberi fokus kepada pembelajaran hafazan AL Quran Prasekolah Teknik Al Baghdadi. 


TERAS BAHASA
Teras Bahasa merupakan teras kedua selepas Teras Ilmu diterapkan. Ia dihasilkan berdasarkan Firma Allah S.W.T: 

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal."

Oleh itu Teras Bahasa adalah menjadi keutamaan dan ia merangkumi JOM BACA RUMI, JOM BACA JAWI, LET'S READ dan HAYYA NAQRA.


TERAS AKHLAK
Teras Akhlak adalah tunjang dalam mengamalkan agama islam yang diterapkan kepada anak-anak APC berdasarkan Firman Allah S.W.T: 

"Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia kecuali agar mereka beribadah kepada Ku."

Pembinaan sahsiah melalui contoh tauladan dari Sirah Rasulullah serta amalan soleh menjadi aktiviti harian. Teras Akhlak merangkumi JOM AMAL, JOM IMAN dan JOM IBADAH. Aktiviti-aktiviti pembelajaran bakal mengisi rohani anak-anak APC dengan iman menjadi benteng akidah mereka.


TERAS KOGNITIF
Aspek kognitif merupakan teras ilmu duniawi yang disandarkan kepada aspek pendidikan Al Quran. Teras Kognitif amat perlu untuk meningkatkan daya kreativiti dan keupayaan minda anak-anak APC. Pengukuhan ayat-ayat Al Quran melalui subjek JOM KAJI, JOM KIRA dan JOM KREATIF mampu mengaktifkan keupayaan otak kanan dan otak kiri mereka. 


Seronok dan mudah belajar dengan Teknik Al Baghdadi. 

Bersama kami merasai pembelajaran Al Quran luar biasa.

No comments:

Post a Comment

KEM ANAK SOLEH APC SAUJANA IMPIAN DISEMBER 2019

JOM SERTAI   KEM CUTI SEKOLAH DISEMBER 2019 Sekiranya tuan puan berminat menghantar anak-anak ke  Kem Cuti Sekolah ini  sila isik...